Thursday, April 16, 2015

Help I need somebody. Help..Not just anybody. Help I need someone! .Heeeeellppp

Assalammualaikum,

Selamat Petang.. Apa khabar semua? Sihat? Saya doakan agar anda semua sihat hendaknya. Mari kita belajar sesuatu di Petang ini :D

Situasi - Perjumpaan kawan-kawan lama.


A : Hi SiComel, Lama tak jumpa ! Kamu kerja di mana sekarang ?

B ; Hi Awang Kenit, saya bekerja di Mahkamah ! 

A : Oh, awak sudah jadi lawyer (peguam) ya ?


OK! tunggu sebentar. Berhenti disini.

 Untuk pengetahuan anda semua, pejabat peguam bukan di Mahkamah. Mereka hanya akan datang ke Mahkamah jika ada urusan.  Sekiranya anda perlukan khimat :

Peguam : Anda perlu mencari firma Peguam. Anda boleh bertanya dengan kakitangan                                         Mahkamah/Kawan-kawan/ orang awam yang berada di Mahkamah untuk mendapatkan
                khimat peguam yang bagus dan boleh diharap. Selapas itu anda boleh semak samada
                firma itu masih diiktiraf . Saya bagi link 
        
              i)       http://www.malaysianbar.org.my/find_a_law_firm. - Semenanjung Malaysia
             ii)       http://www.sabahbar.org.my/                                    - Sabah
            iii)       http://sarawak-advocates.org.my/                             -  Sarawak


Siapa sebenarnya yang bekerja di Mahkamah???

1. Hakim

2. Pendaftar

3.  Jurubahasa  (Yang disahkan dan diluluskan oleh Kerajaan). Tugas Jurubahasa adalah untuk

    - Menterjemah di dalam Mahkamah secara lisan

    - Menterjemah Dokumen/Sijil (Sila pastikan anda dapatkan khidmat jurubahasa yang layak untuk
      terjemah dokumen anda. Kadang-kadang dia jurubahasa untuk bahasa lain-lain/melayu tetapi dia
      terjemah bahasa English/Malay - Malay/English  ....bahaya! sebab dia tidak layak untuk terjemah
      dokumen anda!  Jurubahasa Mahkamah perlu menghadiri kursus dan mengambil peperiksaan
      kelayakan. Bukan senang-senang dilantik sebagai Jurubahasa. :D
****Jurubahasa Mahkamah selalunya untuk translation mereka kenakan bayaran sangat murah berbanding private translator.

   -  Membantu pihak-pihak di dalam Mahkamah - menyenangkan prosiding Mahkamah (bantu                 Hakim/ Majistret / Timbalan Pendakwa Raya/ Peguam/ Orang Awam

  -  Kerja Jurubahasa ni berlainan mengikut peringkat Mahkamah.


4.  Pembantu Tadbir Undang-Undang
  -  Dalam erti kata lain...Kerani Multipurpose... Semuuuaaa dorang kena buat. Bukan kerja senang la      jawabnya. Gaji ....HALAL ..hehe


Ok...tu saja kot. Next time stay tune!